Carian Universiti Di Sini

Friday, August 24, 2012

Sejarah Universiti Malaya

Universiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).

Universiti Malaya mendapat namanya dari istilah 'Malaya' yang kemudiannya menjadi nama negara. Suruhanjaya Carr-Saunders, yang mengesyorkan penubuhan universiti ini, dalam laporannya pada 1948 mengatakan: "Universiti Malaya buat pertama kalinya akan menyediakan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bercampur gaul dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat. Bagi Universiti Malaya, inilah dia sebuah universiti untuk Malaya."

Pembangunan Universiti yang sangat pesat pada abad pertama penubuhannya menyebabkan pelaksanaan pembahagian dua Divisyen berautonomi pada 1959, satu terletak di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur. Dalam tahun 1960, kerajaan bagi kedua-dua kawasan menyatakan keinginan untuk mengubah status Divisyen kepada universiti nasional. Permohonan ini diluluskan pada 1961 dan tertubuhlah Universiti Malaya pada 1 Januari 1962.

Pada 16 Jun 1962, Universiti Malaya meraikan perlantikan Canselornya yang pertama iaitu Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga Perdana Menteri negara yang pertama. Naib Canselor UM yang pertama adalah Profesor Oppenheim, Ahli Matematik terkenal dunia.

Kini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah merupakan Canselor Universiti Malaya.

YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon pula telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang kesepuluh pada 8 November 2008

http://www.um.edu.my

No comments:

Post a Comment