Carian Universiti Di Sini

Friday, August 24, 2012

Fakulti Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia


Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia terletak di Nibong TebalSeberang PeraiPulau Pinang. Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex. Datuk Khaled Nordin berkata, USM dipilih selepas ia memenuhi ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif yang ditetapkan.
Walaupun kampus ini terletak di Pulau Pinang, namun ianya tetap istimewa, kerana kedudukan lokasinya yang terletak bersempadan dengan 3 buah negeri di kawasan utara iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah. 3 buah pekan yang berhampiran dengan kampus ini ialah Nibong Tebal di Pulau Pinang, Parit Buntar di Perak dan Bandar Baharu di Kedah.
Sekiranya anda menggunakan lebuh raya dari selatan, plaza tol yang paling hampir untuk menyusur keluar ialah di Plaza Tol Bandar Baharu dan sekiranya anda dari utara, plaza tol yang paling hampir ialah Plaza Tol Jawi.
Memandangkan Bandar Parit Buntar adalah bandar yang paling hampir dan pesat membangun, maka tidak hairanlah ianya menjadi tumpuan utama staf dan pelajar Kejuruteraan USM untuk membeli-belah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment