Carian Universiti Di Sini

Monday, November 19, 2012

Pengajian Di UPSI

Pengajian Diploma

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Diploma kepada para pelajar lepasan SPM.

Di bawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.

 SYARAT AM KEMASUKAN Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

 SYARAT KHAS KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA

 Diploma Bahasa Inggeris

 Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya 5C/Gred C+dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

 Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM

 Diploma Muzik

 Memenuhi Syarat Am dan Lulus Ujian Khas dan temu duga.

 Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan 

Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM

 Diploma Sains

 Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut SPM :
1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Lukisan Kejuruteraan
7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
8. Pengajian Kejuruteraan Awam
9. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 Diploma Sains (Matematik)

 Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran

Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 Diploma Teknologi Makmal

 Memenuhi Syarat Am dan Mendapat sekurang-kurang 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran Matematik dan fizik/Kimia/Biologi dan Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

 Keterangan lanjut sila lawati http://www.upsi.edu.my

Friday, August 24, 2012

Fakulti Pendidikan UPM

Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) ditubuhkan pada 15 Januari 1975. Pada awal penubuhannya, FPP dikenali sebagai Fakulti Perkhidmatan Pendidikan selaras dengan fungsi utama Fakulti pada ketika itu. Ia menawarkan kursus-kursus kepada pelajar yang mengikuti program pengajian Diploma Sains dengan Pendidikan dan Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) yang menawarkan kursus-kursus elektif dan umum yang diambil oleh pelajar daripada pelbagai fakulti di Universiti Pertanian Malaysia ketika itu.
Mulai 1976, FPP mula menawarkan program pengajiannya sendiri bermula dengan program Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian) dan Bacelor Pendidikan (Sains Rumah Tangga). Pada awal 1980an, FPP menambahkan lagi program pengajian yang meliputi Bacelor Pendidikan dalam bidang

Bimbingan dan Kaunseling, Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, dan Pendidikan Jasmani.
Pada awal penubuhannya, FPP hanya mempunyai tiga (3) jabatan, iaitu Jabatan Pendidikan, Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa. Pada 1989, FPP mengalami perubahan struktur apabila dua daripada tiga jabatan tersebut, iaitu Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Jabatan Bahasa membentuk fakulti baharu. Jabatan Sains Kemasyarakatan bergabung dengan Jabatan Pembangunan Manusia, Fakulti Pertanian untuk menjadi Fakulti Ekologi Manusia. Sementara Jabatan Bahasa bergabung dengan Jabatan Komunikasi, Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan untuk menjadi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Pada 1996, berikutan dengan penyertaan Jabatan Pendidikan Pengembangan, FPP mempunyai dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pengembangan. Pada 1997, Jabatan Pendidikan Pengembangan telah ditukar nama kepada Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan.

Pada 2002, FPP sekali lagi mengalami perubahan struktur. Enam jabatan baharu ditubuhkan sebagai rombakan semula Jabatan Pendidikan. Jabatan baharu yang ditubuhkan ialah Jabatan Asas Pendidikan, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia dan Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal. Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan kekal seperti sedia ada. Pada 2004, perubahan struktur berlaku di mana Jabatan Pengajian Perlakuan dan Pergerakan Manusia telah dirombak menjadi dua jabatan iaitu Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling dan Jabatan Pengajian Sukan.

Fakulti ini berperanan untuk melahirkan guru yang mengajar di sekolah menengah dan pegawai yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sumber manusia. Kini FPP menawarkan Bacelor Pendidikan dalam biang Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga, Pendidikan Jasmani, Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Pertama, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, serta Bimbingan dan Kaunseling.

Selain Bacelor Pendidikan, FPP menawarkan Bacelor Sains (Pengurusan Sumber Manusia) yang bertujuan menghasilkan pegawai pembangunan sumber manusia untuk berkhidmat di agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan. Fakulti juga menawarkan program Diploma Belia dalam Kerja Pembangunan untuk melahirkan pekerja belia. Program ini dimulakan pada tahun 1999 dan ia dikendalikan secara jarak jauh yang mengambil masa selama dua tahun. Program ini juga merupakan 'feeder' program untuk pengajian B.S. (PSM). Graduan program diploma ini mempunyai prospek kerjaya yang baik dalam organisasi dan komuniti seperti Pembantu Pegawai Belia dan Sukan, Pegawai Belia dan Sukan, Penolong Pegawai Kaunseling, Penolong Pegawai Pembangunan Komuniti dan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.



Fakulti Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia


Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia terletak di Nibong TebalSeberang PeraiPulau Pinang. Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex. Datuk Khaled Nordin berkata, USM dipilih selepas ia memenuhi ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif yang ditetapkan.
Walaupun kampus ini terletak di Pulau Pinang, namun ianya tetap istimewa, kerana kedudukan lokasinya yang terletak bersempadan dengan 3 buah negeri di kawasan utara iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah. 3 buah pekan yang berhampiran dengan kampus ini ialah Nibong Tebal di Pulau Pinang, Parit Buntar di Perak dan Bandar Baharu di Kedah.
Sekiranya anda menggunakan lebuh raya dari selatan, plaza tol yang paling hampir untuk menyusur keluar ialah di Plaza Tol Bandar Baharu dan sekiranya anda dari utara, plaza tol yang paling hampir ialah Plaza Tol Jawi.
Memandangkan Bandar Parit Buntar adalah bandar yang paling hampir dan pesat membangun, maka tidak hairanlah ianya menjadi tumpuan utama staf dan pelajar Kejuruteraan USM untuk membeli-belah dan sebagainya.

Sejarah Universiti Malaya

Universiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).

Universiti Malaya mendapat namanya dari istilah 'Malaya' yang kemudiannya menjadi nama negara. Suruhanjaya Carr-Saunders, yang mengesyorkan penubuhan universiti ini, dalam laporannya pada 1948 mengatakan: "Universiti Malaya buat pertama kalinya akan menyediakan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bercampur gaul dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat. Bagi Universiti Malaya, inilah dia sebuah universiti untuk Malaya."

Pembangunan Universiti yang sangat pesat pada abad pertama penubuhannya menyebabkan pelaksanaan pembahagian dua Divisyen berautonomi pada 1959, satu terletak di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur. Dalam tahun 1960, kerajaan bagi kedua-dua kawasan menyatakan keinginan untuk mengubah status Divisyen kepada universiti nasional. Permohonan ini diluluskan pada 1961 dan tertubuhlah Universiti Malaya pada 1 Januari 1962.

Pada 16 Jun 1962, Universiti Malaya meraikan perlantikan Canselornya yang pertama iaitu Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga Perdana Menteri negara yang pertama. Naib Canselor UM yang pertama adalah Profesor Oppenheim, Ahli Matematik terkenal dunia.

Kini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah merupakan Canselor Universiti Malaya.

YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon pula telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang kesepuluh pada 8 November 2008

http://www.um.edu.my