Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini menjadi tuan rumah kepada Program Jelajah Merdeka Raya Radio Televisyen Malaysia peringkat Terengganu yang telah diadakan di perkarangan teflon Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malek, UMT baru-baru ini. Majlis bersahur ini telah disertai oleh 30 orang pelajar UMT, 20 orang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dan 20 orang pelajar Universiti Teknologi Mara (Uitm) cawangan Chendering. Majlis julung-julung kali ini dihadiri oleh krew rakaman daripada RTM Terengganu, juruhebah Terengganufm dan Nasionalfm serta bilik berita RTM Terengganu.
UMT diwakili oleh Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum UMT, Tuan Haji Awang Koding berkata bahawa program sebegini memberi ruang kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman untuk bersama-sama merapatkan lagi jalinan mesra antara institusi pengajian tinggi awam yang terlibat. Seharusnya program sebegini perlu dibuat sebagai acara tahunan bagi memastikan kesinambungan tersebut tidak terputus di tengah jalan.
RTM yang diwakili oleh Pengarah Penyiaran Terengganu, Puan Azizah binti Mohd Yusoff menyambut baik cadangan tersebut dan mengucapkan setinggi tahniah kepada UMT, Unisza dan Uitm kerana sudi bersahur bersama.
Majlis diserikan lagi dengan sesi perkenalan bersama-sama dengan juruhebah Terengganufm dan Nasionalfm. Majlis diakhiri dengan sembahyang subuh berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Mustafa bin Mohamad daripada Pusat Islam, UMT.Program Jelajah Merdeka Raya ini akan bersiaran di saluran TV1 sepanjang bulan Ogos ini. Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih di atas kerjasama program ini kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Pusat Kesihatan UMT, Majlis Perwakilan Pelajar, Pejabat Pembangunan dan Harta serta pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.
http://www.umt.edu.my/v9/#
No comments:
Post a Comment