Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada 18 Mei, 1970 dan beroperasi di Bangunan Institut Bahasa, Lembah Pantai. Susulan kepada penubuhan UKM, Unit Pengurusan Harta, Jabatan Bendahari ditubuhkan untuk melaksanakan tugas penyelenggaraan bagunan dan kawasan. Apabila UKM diberi tapak di Bangi untuk pembangunan kampus tetap pada tahun tersebut, Unit Pembangunan pula ditubuhkan dan dua orang pegawai pinjaman dari JKR iaitu seorang Arkitek, Encik Abdullah Bakri (Pengarah JPP yang pertama); dan seorang Jurutera Penguasa, Encik Edward Chia bertugas di Unit Pembangunan untuk membangunkan kampus tetap UKM Bangi. Unit Pengurusan Harta pula terus kekal dibawah Jabatan Bendahari. Pada akhir tahun 1984, barulah penggabungan dilaksanakan di mana Unit Pengurusan Harta digabung di bawah Unit Pembangunan yang diketuai oleh Pengarah Pembangunan ketika itu.
Unit Pembangunan mula bertapak di pejabat yang bertempat di Bangunan Pentadbiran, Maktab Perguruan Bahasapada tahun 1970 di Jalan Pantai hingga tahun 1976 sebelum berpindah ke Bangi dan ditempatkan di aras 3, Bangunan Pentadbiran Canselori dan seterusnya ke aras 3 Bangunan Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL). Pada tahun 1996,bangunan baru Unit Pembangunan melalui peruntukan pembangunan RMKe-6 siap dibina dan mula diduduki sehingga kini.
Mesyuarat Pengurusan Universiti, (MPU) pada 12 Disember 2001 telah bersetuju dan meluluskan penamaan semula gelaran jawatan dan jabatan di bahagian-bahagian dan unit-unit di UKM. Unit Pembangunan juga telah bertukar nama menjadiJabatan Pengurusan Pembangunan (JPP) dari 1 Januari 2002.
Pada 7 Julai 2011 pula Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) telah bersetuju dan meluluskan permohonan Penjenamaan dan Penstrukturan Semula JPP. Jabatan Pengurusan Pembangunan dengan rasminya kini dikenali dengan nama Jabatan Pembangunan Dan Penyelenggaraan. Penjenamaan semula ini amat sesuai kerana menggambarkan tanggungjawab dan liabiliti jabatan ini yang semakin mencabar.
Jabatan Pengurusan Pembangunan sehingga kini telah diterajui oleh tujuh orang Pegarah iaitu En. Abdullah Bakri, En. Edward Cheah, En. Soon Cheng Aik, En. Bahari Ali, En. Ibrahim Yaakub, Ir. Ishak Hj. Arshad dan terkini adalah Prof. Madya Ir. Dr. Abdul Khalim Abdul Rashid.
No comments:
Post a Comment